Ong Kim Swee, Persik Kediri Berpisah
Hafiz Omar

Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bergelar ejen bebas selepas bertemu Semen Padang dalam perlawanan ke-13 Liga Super Indonesia, petang ini.
Menerusi satu kenyataan, kelabnya, Persik Kediri memaklumkan berpisah secara rasmi dengan jurulatih berusia 54 tahun itu selepas perlawanan terbabit menerusi pemberitahuan di pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.
“Persik Kediri berpisah secara rasmi dengan ketua jurulatih, Coach Ong Kim Swee. Aksi petang ini menjadi perlawanan terakhir dikendalikannya musim ini bersama Macan Putih.” tulis kenyataan oleh pihak kelab.
Perpisahan itu menjelma kira-kira lima bulan selepas Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih Persik Kediri selepas meninggalkan Persis Solo.
Untuk makluman, Kim Swee telah mengemudi Persik Kediri berada di tangga ke-13 liga selepas mengharungi 12 perlawanan bagi musim ini – 3 kemenangan, 3 seri dan 6 kekalahan.
Perpisahan dengan Persik Kediri ini pastinya menimbulkan tanda tanya mengenai hala tuju baharunya termasuk kemungkinan untuk kembali memimpin salah satu kelab dalam saingan Liga Super Malaysia.
Featured Image: Persik Kediri