Sports Direct Buka ‘Flagship Store’ Ketiga – Tampilkan Zon Bola Sepak Terbesar
Hafiz Omar

Sport Direct Malaysia tampil meraikan pembukaan “flagship store” ketiganya di IOI City Mall, Putrajaya dengan reka bentuk terkini yang dipertingkatkan sekaligus membawa pengalaman beli-belah bertaraf dunia buat pelanggan tempatan.
Berkeluasan 20,000 kaki persegi, kedai tersebut direka sebagai destinasi sukan sehenti untuk atlet profesional, peminat sukan dan keluarga dengan pilihan pakaian dan peralatan sukan dari pelbagai jenama global seperti Nike, Adiddas, Asics, New Balance dan banyak lagi di bawah naungan Kumpulan Fraser termasuk Everlast, Karrimor, Slazenger dan USA Pro.
Selain itu, kedai tersebut turut menampilkan pilihan USC – sebuah ruang yang didedikasikan buat pelanggan “trendy” untuk meneroka dan membeli-belah jenama gaya hidup premium menerusi jenama Jack Wills, Fila, Vans, Converse, New Era dan Lacoste.



Tarikan utama di “flaghip store” ini adalah zon bola sepak terbesar Sport Direct di Malaysia. Ianya terletak di bahagian tengah kedai yang menampilkan pilihan meluas but bola sepak dari jenama Nike, Adidas dan Puma, jersi rasmi pasukan bola sepak tempatan dan antarabangsa serta pakaian sukan, aksekori, stokin, beg dan banyak lagi.
Sepertimana “flagship store” yang lain, ianya turut menampilkan ruang khusus menempatkan produk-produk khusus untuk aktiviti larian, luar, latihan, raket, renang, sukan dan sukan kepakaran termasuk Konsep Aktiviti Luar (Outdoor Concept), Studio Bra khas dan Konsep Larian (Running Concept).
Bagi yang ingin berkunjung dan membeli-belah pakaian dan barangan sukan serta aktiviti luar di Sports Direct “Flagship Store” di IOI City Mall ini bolehlah menerjah lokasinya di Lot LG-27A.