Terengganu FC, Persija Jakarta Memeterai Kerjasama Strategik

November 28, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Selepas melakukan perbincangan mengenai potensi kerjasama sekitar pertengahan September lalu, pada hari ini, Terengganu FC dan Persija Jakarta tampil memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik dalam satu majlis rasmi di Jakarta.

Pengumuman pemeteraian kerjasama itu dikongsikan sendiri oleh pihak kelab dari pantai timur itu menerusi pelbagai platform media sosialnnya, sebentar tadi.

“Kerjasama ini merangkumi pertukaran ilmu teknikal, pembangunan pemain dan staf, peluang pemasaran serta inisiatif pelancongan bola sepak antara kedua-dua kelab.”

“Kerjasama ini (juga) dijangka membuka ruang baharu dalam meningkatkan profesionalisme, kualiti pasukan dan hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia.” tulis kenyataan kelab.

Menariknya, pemeteraian itu berlangsung bersempena dengan ulang tahun ke-97 Persija Jakarta sambil dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed; Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu FC, Syahrizan Mohd Zain serta Presiden Persija Jakarta, Mohamad Prapanca.

Featured Image: Terengganu FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd