Kelab Satelit Jepun Di Singapura Tukar Nama Kepada Albirex Jurong FC – Bersifat Lokaliti

December 1, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara Liga Singapura sebanyak enam kali, Albirex Niigata FC Singapore bakal menggunakan nama baharu bermula musim bola sepak Singapura 2026-2027.

Menerusi satu kenyataan media, kelab satelit dari Jepun itu mengumumkan akan menggunakan nama Albirex Jurong Football Club – berasaskan tempat atau lokaliti kelab itu bertapak sejak 2004 iaitu Jurong.

Selain penukaran nama, kelab itu turut mengumumkan penukaran lencana kelabnya – berbentuk bulat berwarna biru dan jingga sambil dimuatkan lukisan angsa yang merupakan nama julukannya “The Swan”.

“Dengan penukaran nama yang bakal dilaksanakan, kami berhasrat untuk terus memperkukuhkan usaha-usaha ini, mengeratkan lagi kolaborasi bersama penduduk dan pihak berkuasa tempatan Jurong, dan dalam jangka masa panjang, memposisikan kelab ini sebahagian daripada infrastruktur sosial komuniti.” ujar Pengerusi Albirex Niigata Football Club (S), Daisuke Korenaga.

Sebagai rekod, kelab ini telah pun berstatus sebagai kelab tempatan Singapura bermula musim 2024-2025.

Featured Image: Albirex Niigata FC (S)

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd