Pickleball Celebrity Slam – Tampilkan Bekas Bekas Atlet & Selebriti
Hafiz Omar

Sebuah kejohanan pickleball yang menampilkan penglibatan bekas atlet negara serta selebriti tanah air iaitu Pickleball Celebrity Slam by Panas Express & Astro bakal berlangsung pada 6hb dan 7hb Disember di 9Pickle, Setia Alam.
Kejohanan itu menyaksikan penglibatan enam pasukan yang akan bersaing sengit dalam empat kategori yang dipertandingkan iaitu Beregu Lelaki, Beregu Campuran, Beregu Terbuka dan Individu.
Antara nama-nama yang akan mengepelai setiap pasukan terbabit ialah Datuk AC Mizal, Tan Boon Heong dan Chan Peng Soon (bekas pemain badminton negara), Azzim Zahid Azim atau dikenali sebagai Meri (Pengasas Bulan Bintang), Ashraf Anuar (Pengasas jenama streetwear tempatan, SVG Worldwide) dan Vincent Siow (Pengasas Panas Express).
Sementara itu, Adlin Aman Ramlie, Sharif Zero, Datuk Minarwan Haji Nawawi dan Koo Kien Kiat menjadi nama-nama tambahan yang akan turut serta bagi mewarnai kejohanan itu nanti.
Bagi yang berminat untuk turun dan menyaksikan sendiri aksi-aksi bekas atlet dan selebriti tanah air berentap dalam kejohanan itu boleh mendapatkan tiket di laman sesawang, www.ticket2u.com.my.
Selama dua hari berlangsungnya kejohanan itu, difahamkan, peminat yang hadir berpeluang mendapat pengalaman eksklusif berinteraksi bersama selebriti kegemaran selain daripada menyaksikan perlawanan yang penuh aksi.
Bagi yang tidak berpeluang untuk turun secara langsung, kejohanan ini akan dapat disaksikan secara langsung, dibawakan oleh Astro, menerusi saluran Astro Arena (801), Astro Go dan Sooka.