Jersi Ketiga Harimau Malaya Bertemakan ‘Bangkit Bersama’ – RM319 Sehelai
Hafiz Omar

Puma Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil melancarkan jersi ketiga skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya yang bertemakan ‘Malaysia Bangkit’.
Menariknya, jersi ketiga ini tampil dalam kombinasi warna biru dan merah yang kembali digunakan oleh Harimau Malaya selepas tahun 2019. Selain itu, jersi ini juga dihiasi Jalur Gemilang pada dada di bahagian kiri berbanding lencana FAM.
Sementara itu, pada dada di bahagian kiri pula disematkan dengan logo Puma Cat.

Jika dilihat dengan lebih teliti, Puma turut menerapkan corak belang harimau pada jersi ini sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia.
Rekaan jersi ini pula hadir dengan potongan “regular fit’, berlengan pendek, kolar bulat dan menggunakan teknologi penyerapan peluh DryCELL serta menggunakan sekurang-kurangnya 95% bahan kitar semula tanpa menjejaskan kualiti – sebahagian daripada inisiatif RE:Fibre Puma.
Bagi yang berminat dengan jersi ini, ianya boleh didapati pada harga RM319 sehelai di laman sesawang puma.com, kedai Puma serta kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.