Lima Kelab Liga A1 Rebut Tiga Slot Piala Malaysia 2025-26
Hafiz Omar

Lima kelab dalam saingan Liga A1 Semi-Pro yang berada dalam kelompok lapan teratas kini bersaing hebat untuk merebut tiga slot ke saingan Piala Malaysia 2025-26.
Pertandingan bola sepak tertua dan berprestij tanah air itu dijadualkan bermula Januari 2026.
Pada saat ini, Perak FA, Kedah FA, Kelantan Red Warrior FC, UM-Damansara United dan Armed United Forces FC berada dalam kelompok lapan teratas dalam carta kedudukan semasa Liga A1.
Lima kelab ini dilihat mempunyai peluang untuk meraih tiga slot berkenaan berdasarkan jurang mata yang selain pertembungan sesama sendiri dalam perlawanan berikutnya sebelum berakhirnya pusingan pertama Liga A1.
Perak FA, Kedah FA, Kelatan Red Warrior FC, UM-Damansara United dan Armed Forces FC kini mempunyai 25 mata, 24 mata, 22 mata, 19 mata dan 18 mata masing-masing.
Tiga kelab iaitu Selangor FC II, Johor Darul Ta’zim II, Imigresen FC II berada di tangga pertama, kedua dan kelima masing-masing dalam carta kedudukan namun status “feeder team” telah menghalang mereka ke Piala Malaysia.
Pada edisi lalu, Melaka FC, Pt Athletic FC dan KL Rovers FC menjadi tiga kelab daripada Liga A1 yang layak menyertai Piala Malaysia.
