FIFA, Lego Keluarkan Set Trofi Piala Dunia Nisbah 1:1 – Harga Tempahan RM759.90
Hafiz Omar

Lebih kurang enam bulan sebelum sepak mula Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, badan induk merangkap penganjur, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tampil mengumumkan kolaborasi bersama Lego.
Kolaborasi julung kalinya itu menyaksikan kedua-duanya mengeluarkan set Lego Edisi Trofi Piala Dunia Rasmi dengan nisbah 1:1 khusus buat peminat bola sepak dan permainan binaan blok itu.
Set lego Piala Dunia ini 2,842 terdiri daripada blok. Set itu menampilkan satu ciri tersembunyi – sebuah ruang di dalam glob pada bahagian atas trofi yang boleh dibuka untuk memperlihatkan logo Piala Dunia 2026 serta sebuah figura Lego yang memegang trofi mini.

Dimaklumkan, set ini akan mula dijual pada Mac 2026 kelak. Bagaimanapun, ianya sudah ditempah di laman sesawangnya, lego.com/en-my pada ketika ini dan diletakkan tanda harga RM759.90.
Untuk makluman, ini merupakan edisi sulung kolaborasi Lego bersama FIFA namun tidak dalam bola sepak.
Sebelum ini Lego pernah mengeluarkan set Lego melibatkan dua buah stadium bola sepak terkenal iaitu Stadium Santiago Bernabeu, gelanggang rasmi Real Madrid serta Old Trafford, gelanggang rasmi Manchester United.