Nidzam Adzha Sertai Barisan Kejurulatihan Manjung City FC
Hafiz Omar

Bekas pengendali yang mengemudi Kedah FA menjuarai Piala Malaysia 2017, Nidzam Adzha kini menyertai barisan kejurulatihan Manjung City FC yang beraksi dalam kancah Liga A1 Semi-Pro.
Menerusi pengumuman di platform media sosial milik kelab dengan cogan kata “The Ocean Rage” berkenaan, jurulatih berusia 57 tahun itu diberikan peranan selaku penolong jurulatih.
Kemasukannya adalah untuk membantu ketua jurulatih, K. Nanthakumar yang dilantik pada 16hb Oktober lalu.
“Kombinasi pengalaman beliau dalam melatih serta memahami kem dinamik pemain bakal melengkapkan strategi kejurulatihan untuk meningkatkan pencapaian pasukan pada pusinga kedua liga.” tulis kenyataan oleh kelab.
Pada ketika ini, Majung City berada di tangga kesepuluh selepas mengharungi 13 perlawanan Liga A1 musim 2025-26.
“Dengan penyertaan kedua-dua jurulatih ini, Manjung City FC kini berada dalam keadaan lebih mantap dan bersedia sepenuhnya untuk mengharungi cabaran liga, seterusnya memperkukuhkan kedudukan sebagai antara pasukan yang kompetitif dalam saingan Liga A1 Semi-Pro,” tambah kenyataan itu lagi.
Sebelum ini, Nidzam Adzha merupakan ketua jurulatih Kuala Lumpur City Extension, pasukan simpanan buat Kuala Lumpur City FC, yang beraksi dalam kancah Piala MFL.
Featured Image: Manjung City FC