Lando Norris Dinobatkan Sebagai Juara Dunia F1 2025
Hafiz Omar

Pelumba McLaren, Lando Norris ditabalkan sebagai juara dunia Formula 1 (F1) sebaik sahaja tamat perlumbaan terakhir musim ini, GP Abu Dhabi, sekaligus menoktahkan dominasi empat musim berturut-turut Max Verstappen.
Pelumba berusia 26 tahun kelahiran England itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga namun ianya sudah memadai untuk mengumpul 423 mata dan mengungguli carta kedudukan pemandu 2025.
Walaupun Verstappen berjaya muncul juara di GP Abu Dhabi, pertambahan sebanyak 25 mata itu, mengumpul 421 mata, tidak cukup untuk memintas jumlah pungutan mata secara keseluruhan dimiliki Norris.
Sementara itu, seorang lagi pelumba McLaren, Oscar Piastri, 24 tahun, yang menamatkan GP Abu Dhabi di tempat kedua pula mengumpul menamatkan musim ini di tempat ketiga setelah mengumpul 410 mata.
Kejayaan Norris merangkul kejuaraan dunia musim ini menyebabkan Verstappen gagal menyamai rekod yang dicipta oleh salah seorang pelumba legenda F1, Michael Schumacher yang muncul juara dunia lima musim berturut-turut.
Selain itu, Norris pula meletakkan nama selaku pemandu ke-35 yang berhasil merangkul kejuaraan dunia dalam sejarah F1.
Featured Image: McLaren