Undian Piala FA: Man Utd Bertemu Brighton Di Pusingan Ketiga

December 9, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Hasil undian Piala FA menyaksikan juara edisi 2023-24, Manchester United bakal bertemu pencabarnya dalam saingan Premier League iaitu Brighton & Hove Albion pada pusingan ketiga kelak.

Lawannya itu diketahui selepas berlangsungnya majlis undian Piala FA yang dikendalikan oleh bekas pemain skuad kebangsaan England, Joe Cole dan Peter Crouch, pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pertemuan itu bakal berlangsung di gelanggangnya sendiri iaitu Old Trafford dan ianya bakal menjadi ulangan kepada pertemuan kesembilan Premier League sekitar penghujung Oktober lalu.

Dalam perlawanan itu, skuad bimbingan Ruben Amorim berhasil mencetak kemenangan bergaya 4-0 ke atas Brighton & Hove Albion hasil jaringan berganda Bryan Mbeumo dan satu jaringan daripada Matheus Cunha dan Casemiro masing-masing.

Manakala dua jaringan oleh Brighton pula dicetak oleh Danny Welbeck dan Charalampos Kostoulas.

Sementara itu, Tottenham Hotspur, turut sama menerima nasib yang sama diundi menentang kelab Premier League bagi aksi ketiga Piala FA. Cabaran lebih besar buat kelab utara London ini apabila diundi bertemu Aston Villa – penghuni tangga ketiga liga pada ketika ini.

Antara hasil undian yang menarik adalah juara bertahan edisi lalu, Crystal Palace akan bertemu Macclesfield FC. Pendahulu Premier League, Arsenal pula akan bertemu Portsmouth manakala finalis edisi lalu, Manchester City akan menentang Exeter City.

Hasil penuh undian bagi pusingan ketiga Piala FA adalah seperti berikut:

  1. Wolverhampton Wanderers v Shrewsbury Town
  2. Doncaster Rovers v Southampton
  3. Tottenham Hotspur v Aston Villa
  4. Port Vale v Fleetwood Town
  5. Preston North End v Wigan Athletic
  6. Ipswich Town v Blackpool
  7. Wrexham v Nottingham Forest
  8. Charlton Athletic v Chelsea
  9. Manchester City v Exeter City
  10. West Ham United v Queens Park Rangers
  11. Sheffield Wednesday v Brentford
  12. Fulham v Middlesbrough
  13. Everton v Sunderland
  14. Liverpool v Barnsley
  15. Burnley v Millwall
  16. Norwich City v Walsall
  17. Portsmouth v Arsenal
  18. Derby County v Leeds United
  19. Swansea City v West Bromwich Albion
  20. Salford City v Swindon Town
  21. Boreham Wood v Burton Albion
  22. Grimsby Town v Weston Super Mare
  23. Hull City v Blackburn Rovers
  24. Newcastle United v AFC Bournemouth
  25. MK Dons v Oxford United
  26. Cheltenham Town v Leicester City
  27. Cambridge United v Birmingham City
  28. Bristol City v Watford
  29. Stoke City v Coventry City
  30. Macclesfield v Crystal Palace
  31. Manchester United v Brighton & Hove Albion 
  32. Sheffield United v Mansfield Town

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd