Sukan Remaja Para Asia: Chery Malaysia Bawa Atlet Para Dari Kg Pandan Ke KLIA
Hafiz Omar

Keberangkatan anggota Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Para Asia 2025 dari Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia di Kampung Pandan, Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa oleh konvoi kenderaan Chery.
Konvoi yang menampilkan pelbagai model oleh Chery itu merupakan penajaan dan sokongan daripada Chery Malaysia kepada Kontinjen Malaysia yang terbang temasya berkenaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 7hb hingga 14hb Disember.
Seramai 29 atlet menganggotai Kontinjen Negara bertanding dalam lapan acara iaitu memanah, olahraga, badminton, boccia, angkat berat, renang, pingpong dan tae kwan do.
Majlis yang berlangsung pada 6hb Disember lalu itu turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia, Jefri Ngadirin; Presiden Persatuan Paralimpik Malaysia, Dato’ Seri Megat D. Shariman; Naib Presiden Chery Malaysia, Cheng Nam Weng dan Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Men Lin Bo.
Selain sokongan logistik, dimaklumkan Chery Malaysia turut memberikan penajaan dalam bentuk kewangan berjumlah RM29,000 sebagai komitmen dan akan mengumumkan ganjaran tambahan bagi setiap pingat yang dimenangit oleh atlet para di temasya tersebut.
