Sukan SEA: Hoki 5s Lelaki Bantai Filipina, Mara Ke Perlawanan Akhir

December 10, 2025
Hoki

Hafiz Omar

Hanya selangkah sahaja lagi memisahkan skuad hoki lelaki 5 sebelah untuk membutirkan pingat emas di temasya Sukan SEA Thailand 2025.

Skuad bimbingan Wan Mohd. Roslan Wan Abd. Rahman berhasil mengesahkan tempat ke perlawanan akhir setelah membantai Filipina dalam peringkat separuh akhir di Stadium Hoki RTAF, sebentar tadi.

Skuad negara berpesta gol dalam perlawanan tersebut dengan lima gol dijaringkan setiap separuh masa manakala Filipina pula hanya memperoleh gol saguhati pada separuh masa kedua.

Antara yang mencatatkan nama selaku penjaring dalam perlawanan tersebut ialah Abid Suffian, Shafiq Ikhmal, Luqman Nul Hakim, Muhibuddin Moharam, Arif Syafie, Akhimullah Anuar dan Syarman Mat Tee.

Malaysia akan menantikan lawannya samada Thailand atau Indonesia, sedang bertarung pada saaat ini, bagi penentuan pingat emas yang akan berlangsung pada 4.30 petang nanti. 

Featured Image: MHC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd