Sukan SEA: Malaysia Tuai Emas Pertama Menerusi Hoki 5s Lelaki
Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia membutirkan pingat emas pertama di Sukan SEA Thailand 2025 apabila skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara berjaya menumbangkan Indonesia dalam perlawanan akhir di Stadium RTAF, sebentar tadi.
Malaysia bimbingan Wan Roslan Wan Abdul Rahman mencetak kemenangan bergaya menerusi skor 7-3 ke atas Indonesia hasil hatrik oleh Akhimullah Anuar (7’, 17’ 29’) serta dua jaringan menerusi Abid Sufian (8’, 22’) dan satu jaringan oleh Luqman Nur Hakim (14’) dan Shafiq Ikhmal (30’) masing-masing.
Sementara itu, Indonesia meraih tiga jaringan menerusi Mochamad Fathur (19’) dan jaringan berganda daripada Alfandy Prastyo (24’, 24’).
Skuad lelaki negara turut mengiringi kejayaan meraih emas ini dengan prestasi yang amat memberangsangkan dengan mencetak lima kemenangan berturut-turut sepanjang kempen ini bermula daripada pusingan “round robin”.
Featured Image: MHC