Sukan SEA: Hoki 5s Wanita Sumbang Pingat Perak
Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia mengutip satu lagi pingat di temasya Sukan SEA Thailand 2025 menerusi skuad hoki lima sebelah (5s) wanita setelah acara tersebut menutup tirainya, sebentar tadi.
Skuad negara bimbingan G. Sasitheran terpaksa akur dengan kilauan pingat perak selepas dibantai tuan rumah, Thailand dalam aksi terakhir yang berlangsung di Stadium RTAF terbabit.
Hanya satu gol berhasil dicetak Malaysia dalam perlawanan tersebut menerusi Nurfatin Dizana (5’). Manakala tuan rumah beraksi cemerlang dengan meledak tujuh gol melalui Thanaphon Khamnon (4’), Anongnat Piresram (5’, 22’), Supansa Samanso (8’, 19’), Natthakarn Aunjai (10’) dan Jenjira Kijpakdee (27’).
Terdahulu, Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Filipina dengan bergaya 7-0.
Featured Image: MHC