Sukan SEA: Jun Hao Tempah Tiket Suku Akhir

December 11, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir dalam acara individu di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menumpaskan wakil Laos, Vixunnalath Phichith.

Jun Hao yang berusia 26 tahun melakar kemenangan 21-15 dalam set pertama ke atas pemain Laos tanpa sebarang sebarang Ranking Dunia berkenaan.

Di set seterusnya, Jun Hao sekali lagi mengulangi skor 21-15 ke atas pemain berusia 27 tahun berkenaan sekaligus menoktahkan permainan selepas 32 minit bertarung di dalam gelanggang.

Sementara itu, di peringkat seterusnya, Jun Hao akan menantikan cabaran samada daripada pemain No.2 tuan rumah, Teeraratsakul Panitchaphon atau perseorangan Myanmar, Phone Pyae Naing untuk merebut tiket ke separuh akhir.

Featured Image: BAM 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd