Sukan SEA: Puripol Cipta Rekod 9.94s, Danish Bawa Pulang Gangsa
Hafiz Omar

Perlumbaan akhir acara pecut 100 meter (m) di Sukan SEA Thailand 2025 pada Khamis menyaksikan atlet tuan rumah, Puripol Boonson merangkul pingat emas dengan menamatkan larian dalam masa 10 saat (s).
Sementara itu, atlet pecut Indonesia, Lalu Muhammad Zohri dan atlet muda Malaysia, Danish Iftikhar pula merangkul pingat perak dan gangsa masing-masing susulan menamatkan larian di tempat kedua dan ketiga.
Zohri, 25 tahun dan Danish, 18 tahun, menamatkan larian tersebut dengan catatan 10.25s dan 10.26s masing-masing.
Terdahulu, semasa di perlumbaan saringan, Boonson yang berusia 19 tahun mengejutkan penonton di Stadium Suphachalasai apabila menamatkan larian dalam masa 9.94s – terpantas dalam sejarah penganjuran Sukan SEA.
Sementara itu, Danish tidak kurang hebatnya apabila mempamerkan larian bertenaga dengan catatan 10.18s – kedua terpantas secara keseluruhan di peringkat saringan.
Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia