Sukan SEA: Wong Ling Ching Bertemu Juara Dunia Di Separuh Akhir

December 12, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan wanita berusia 22 tahun negara, Wong Ling Ching akan membuat perhitungan juara dunia 2013, Ratchanok Intanon untuk merebut tempat aksi penentuan pingat emas Sukan SEA Thailand 2025.

Pertemuan di peringkat separuh akhir itu terhasil berikutan Ling Ching menumbangkan wakil Indonesia, Ni Kadek Dhinda Amartya Pratiwi secara dua berturut-turut, 21-11 dan 21-17, dalam masa 42 minit pada aksi suku akhir, hari ini.

Manakala Intanon pula meraih tiket ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Filipina, Christel Rei Fuentespina juga secara dua set berturut-turut, 21-12 dan 21-10, dalam massa 31 minit.

Pertemuan di peringkat separuh akhir esok akan menjadi yang kedua buat kedua-dua pemain di pentas antarabangsa selepas bertembung di Masters Kumamoto Jepun 2025 sekitar pertengahan lalu.

Dalam pertarungan itu yang berlangsung di peringkat suku akhir, Ling Ching  tewas dua set berturut-turut menerusi skor 17-21 dan 9-21 dalam masa 36 minit.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd