Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah Ke Separuh Akhir

December 12, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Kedua-dua beregu lelaki dan wanita No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir dalam acara individu badminton di Sukan SEA Thailand 2025.

Aaron-Wooi Yik yang pernah merangkul pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 mara selepas menundukkan wakil tuan rumah, Supak Jomkoh dan Kittinupong Kendra menerusi skor 21-16 dan 21-16.

Pertembungan sengit di peringkat suku akhir itu berlangsung selama 45 minit sebelum Aaron-Wooi Yik sebagai pemenang.

Kemenangan itu membawa Aaron-Wooi Yik bertemu beregu Indonesia yang berada di kedudukan ke-19 dunia, Leo Rolly Carnando dan Bagas Maulana.

Sementara itu, beregu wanita handalan tanah air, Pearly-Thinaah pula mara selepas mencetak kemenangan menerusi skor 21-11 dan 21-14 dalam masa 38 minit ke atas Benyapa Aimsaard dan Sapsiree Taerattanachai.

Di peringkat seterusnya, Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan juga dengan wakil dari Indonesia iaitu Rachel Allessya Rose dan Febi Setianingrum.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd