Ranking FIFA: Malaysia Jatuh Mendadak

December 23, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan, Malaysia mengalami kejatuhan mendadak lima anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-121 dalam Ranking Dunia.

Kejatuhan itu diperlihatkan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melakukan kemaskini terhadap ranking terbabit pada Isnin (22hb Disember).

Kejatuhan itu terhasil apabila jumlah pungutan mata secara keseluruhan Malaysia berkurangan daripada 1,168.41 kepada 1,145.89 – pengurangan sebanyak 22.52 mata.

Pengurangan itu pastinya disebabkan hukuman oleh FIFA dimana Malaysia diisytihar tewas kalah 3-0 bertemu Cape Verde, Singapura dan Palestin dalam aksi perlawanan persahabatan pada 29hb Mei, 4hb September dan 8hb September masing-masing.

Hukuman itu dikenakan oleh FIFA selepas mendapati Malaysia melanggar Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam ketiga-perlawanan tersebut.

Sementara itu, Thailand kekal menjadi pasukan terbaik dari rantau asia tenggara dalam Ranking Dunia dengan menghuni tangga ke-96 diikuti Vietnam di posisi ke-107.

Indonesia pula berada di bawah Malaysia, berbeza satu anak tangga sahaja – di tangga ke-122.

Untuk makluman, FIFA menjadualkan kemaskini Ranking Dunia yang berikutnya pada 19hb Januari 2026.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd