Alexander Isak Retak Buku Lali
Hafiz Omar
Kelab yang berada di tangga kelima Premier League (PL) iaitu Liverpool mengesahkan penyerangnya, Alexander Isak mengalami keretakan pada buku lali.
Pengesahan itu hadir menerusi satu kenyataan rasmi daripada pihak kelab setelah dilakukan diagnosis ke atas pemain berusia 26 tahun terbabit.
Pada masa yang sama, Liverpool turut memaklumkan Isak telah berjaya menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut dan menyambung sesi pemulihan di Pusat Latihan AXA.
Bagaimanapun, tempoh pemulihan serta jangka masa yang diperlukan Isak untuk kembali beraksi di atas padang tidak dimaklumkan oleh pihak kelab.
Untuk makluman, Isak mengalami kecederaan ketika turun bertemu Tottenham Hotspur di London pada Ahad lalu.
Dalam aksi tersebut, Isak tidak dapat meneruskan perlawanan selepas menjaringkan gol pembukaan perlawanan dan digantikan dengan Jeremie Frimpong pada minit ke-60.
Featured Image: Liverpool