Piala Carabao: Arsenal, Chelsea Bertembung Di Separuh Akhir

December 24, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Dua kelab seteru dari London iaitu Arsenal dan Chelsea akan bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir untuk merebut tempat ke perlawanan akhir Piala Carabao.

Arsenal bimbingan Mikel Arteta berhasil menempah tiket ke aksi separuh akhir selepas menyingkirkan Crystal Palace 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 selama 90 minit permainan sebenar.

Dalam aksi itu, Arsenal memperoleh golnya apabila pemain lawan, Maxence Lacroix tertampan masuk bola ke dalam gawangnya sendiri pada minit ke-80.

Bagaimanapun, Crystal Palace berhasil membawa aksi itu ke penentuan sepakan penalti apabila Marc Guehi menendang masuk bola ke dalam gawang Arsenal dalam masa tambahan, minit ke-90+5.

Sementara itu, Chelsea pula telah mengesahkan tempat ke separuh akhir susulan mengalahkan Cardiff City 3-1 pada Rabu lalu.

Chelsea mencatatkan kemenangan menerusi jaringan berganda daripada Alejandro Garnancho dan satu gol daripada Pedro Neto sementara jaringan tunggal Cardiff City pula dihasilkan oleh David Turnbull.

Separuh akhir pertama antara Arsenal dan Chelsea dijadualkan berlangsung pada 15hb Januari kelak sementara aksi timbal balik bakal berlangsung pada 4hb Februari.

Featured Image: Arsenal & Chelsea

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd