FAM Telah Buat Laporan Polis Di IPD Petaling Jaya Hari Ini

December 24, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada hari ini.

Laporan polis itu dibuat berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya.

“Tindakan ini dibuat selaras dengan syor Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan siasatan mereka, baru-baru ini.” ujar FAM menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada pihak media.

“FAM komited untuk bekerjasama sepuhnya dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.” tambah kenyataan itu lagi.

Pada Isnin lalu, Jawatankuasa Eksekutif FAM telah membuat keputusan dalam Mesyuarat Khas kali keempat bagi penggal 2025-2029 untuk membuat laporan polis sepertiman disyorkan oleh IIC bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

Featured Image: FAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd