Lyon Pinjam Bintang Muda Real Madrid – Bayar €1 Juta

December 24, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penghuni tangga kelima Ligue 1, Olympique Lyonnais atau lebih dikenali sebagai Lyon mendapat khidmat Endrick Felipe Moreira de Sousa secara pinjaman daripada Real Madrid dengan bayaran sebanyak €1 juta.

Menurut Lyon, penyerang berusia 19 tahun kelahiran Brazil itu akan menyertai skuad Lyon bermula 29 Disember sehingga tamat tempoh pinjamannya – 30hb Jun 2026.

“Olympique Lyonnais dengan sukacitanya mengumumkan telah mencapai satu perjanjian dengan Real Madrid bagi ketibaan penyerang antarabangsa Brazil Endrick, secara pinjaman berbayar bernilai sehingga €1 juta, sehingga hujung musim.” tulis kenyataan oleh Lyon.

Endrick yang menyertai Real Madrid bermula Julai 2024 hanya merekodkan tiga penampilan sahaja bagi musim 2025-2026 setakat ini.

Penampilan itu hadir dalam saingan LaLiga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara UEFA masing-masing dan selebihnya produk Palmeiras itu hanya memanaskan bangku simpanan.

Perpindahan Endrick ini juga hadir sekitar enam bulan sebelum berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2026 di Amerik Syarikat, Kanada & Mexico dan ianya mungkin menarik perhatian ketua jurulatih, Carlo Ancelotti untuk menyenaraikan namanya dalam skuad kebangsaan Brazil.

Featured Image: Olympique Lyonnais

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd