Razman Roslan Presiden PFAM Sesi 2025-2027

December 26, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas pertahanan Selangor, Pahang dan Melaka United, Razman Roslan kini menerajui Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggantikan Safee Sali yang meletakkan jawatan sekitar penghujung Jun lalu.

Nama bekas pemain berusia 41 tahun itu diangkat sebagai Presiden PFAM selepas PFAM memperkenalkan Jawatankuasa PFAM sesi 2025-2027 menerusi laman sesawang rasmi dan akaun media sosial rasminya.

Dalam makluman itu, Jawatankuasa itu turut disertai bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha selaku Timbalan Presiden dan bekas penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PFA Malaysia (@pfamalaysia)

Pemain skuad bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sarge Kaur pula mengisi jawatan selaku Bendahari PFAM.

Sementara itu, seramai enam individu dipilih menganggotai Ahli Jawatankuasa iaitu Intan Sarah Anisah, Nurul Azurin Mazlan, Shahrul Saad, Wan Zack Haikal, Kenny Pallraj dan Ubaidullah Shamsul Fazili.

PFAM memaklumkan pembentukan jawatankuasa ini mencerminkan komitmen PFAM untuk terus memperkukuh suara pemain profesional Malaysia, memperjuangkan kebajikan mereka serta memacu pembangunan bola sepak negara secara inklusif dan berstruktur.

Pada masa yang sama, PFAM mengharapkan kepimpinan baharu ini dapat menjalankan amanah dengan penuh integriti dan membawa PFAM ke tahap yang lebih cemerlang bagi tempoh 2025-2027.

Featured Image: MUFC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd