Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN: Malaysia Akhiri Kempen Di Tempat Ke-3
Hafiz Omar
Skuad Malaysia bimbingan Rakphol Sainetngam menamatkan kempen Kejuaraan Futsal Bawah 19 Tahun (B-19) ASEAN di tempat ketiga selepas menewaskan Vietnam 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Terdahulu, Malaysia dan Vietnam yang bertarung di Stadium Nonthaburi terikat 2-2 selepas tamat 40 minit masa permainan sebenar.
Iqbal Hazim (39’) dan Aidil Zakwan (40’) mencetak nama sebagai penjaring bagi Malaysia. Sementara itu, Vietnam meraih dua jaringannya menerusi Nguyen Truong Hoang (5’) dan Nguyen Thac Hieu (40’).

Pada Sabtu lalu, Malaysia kempunan untuk menempatkan diri dalam perlawanan akhir apabila tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti di tangan tuan rumah, Thailand.
Sebelum itu, Malaysia berhasil mengikat Thailand dengan keputusan 4-4 selepas bertarung dengan penuh semangat dalam 40 minit masa permainan sebenar.
Dalam aksi tersebut, Malaysia meraih jaringannya menerusi Fitri Haqim (4’), Aidil Zaquan (26’), Adam Rayyan (28’) dan Iqbal Hazim (48’). Thailand pula mencetak empat gol menerusi Pakhphum Thiamtee (3’, 40’), Montana Jankrakang (36’) dan Thanakrit Ouansri (41’).
Dengan berakhirnya pertemuan Malaysia dan Vietnam merebut gelaran tempat ketiga, kini, kejohanan beralih tumpuannya kepada Thailand dan Indonesia bagi perebutan juara kejohanan bagi edisi kali ini.
Featured Image: FAM