Cristiano Ronaldo Buru 1,000 Gol Sebelum Gantung But
Hafiz Omar
Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk menghentikan kariernya sebagai pemain bola sepak biarpun bakal mencecah usia 41 tahun tidak lama lagi.
Bahkan penyerang Al Nassr itu memasang tekad untuk menjulang lebih banyak piala serta memasang impian untuk memburu 1,000 gol sebelum menggantungkan butnya.
“Saya mahu teruskan (bermain bola sepak). Anda tahu matlamat saya. Saya mahu memenangi lebih banyak trofi dan dan saya mahu capai jumlah (1,000 gol) yang semua orang tahu.”
View this post on Instagram
“Saya akan capai jumlah itu, sudah tentu, jika saya tidak mengalami kecederaan, Insya-Allah,” katanya selepas dinamakan sebagai Pemain Tengah Terbaik Asia Tengah dalam Globe Soccer Awards di Dubai, baru-baru ini.
Ronaldo yang pernah beraksi bersama Sporting CP, Manchester United, Real Madrid, Juventus serta skuad kebangsaan negara kelahirannya, Portugal mengumpul 956 gol setakat ini.
Jumlah itu termasuk dua gol dicetaknya bersama Al Nassr ketika melayan kunjungan Al Akhdoud dalam saingan Liga Pro Saudi pada Sabtu lalu.
Pada saat ini, Ronaldo mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Pro Saudi dengan catatan 12 gol – berkongsi jumlah gol itu bersama rakan sepasukannya, Joao Felix.
Featured Image: Al Nassr