Oday Kharoub Kembali Ke Liga Malaysia
Hafiz Omar
Pemain skuad kebangsaan Palestin, Oday Kharoub kembali dalam kancah Liga Malaysia apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu Negeri Sembilan FC, pada Ahad.
Pemain tengah yang bakal menjengah usia 33 tahun pada 5 Febuari hadapan menjadi antara pemain import baharu diikat oleh skuad Nidzam Jamil pada jendela perpindahan kedua yang bermula 5hb Januari hingga 1hb Februari.
“Selamat datang ke Paroi, Oday Kharoub. Pemain tengah berpengalaman yang bersedia menambah keseimbangan dan kekuatan di bahagian tengah padang.” tulis kenyataan oleh pihak kelab ketika memperkenalkannya di pelbagai platform media sosial rasminya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Oday pernah mewarnai saingan Liga Malaysia dengan menyertai Kelantan Darul Naim FC dan berperanan sebagai kapten pasukan pada musim 2024-25.
Bagaimanapun, jodohnya bersama Kelantan Darul Naim FC tidak berlanjutan dan Oday terbang ke Libya untuk menyertai Al Ahly.
Berkecimpung sebagai pemain bola sepak profesional sejak tahun 2012 dan peranan selaku kapten dilihat selari dengan hala tuju dan perancangan jendela perpindahan pertengahan musim Negeri Sembilan FC – ingin menambah pemain yang mempunyai aspek pengalaman dan kepimpinan.
Featured Image: Negeri Sembilan FC