Terengganu FC Hilang Seorang Lagi Pemain Import
Hafiz Omar
Kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC kehilangan seorang lagi pemain import iaitu pemain sayap, Gabriel Silva atau lebih dikenali dalam kalangan penyokong sebagai Gabi.
Perkembangan itu hadir selepas Terengganu FC dan pemain berusia 28 tahun dari Brazil mencapai persetujuan secara bersama untuk berpisah berkuat kuasa 1hb Januari 2026.
View this post on Instagram
“Terengganu FC ingin mengumumkan kelab ini dan pemain sayap pasukan, Gabriel Silva telah mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak beliau lebih awal sebelum tamat musim 2025-26, berkuat kuasa pada 1hb Januari 2026.” tulis kenyataan kelab.
Perpisahan itu menyaksikan jodoh Gabi bersama Terengganu FC bertahan tidak sampai enam bulan dengan catatan rekod 14 penampilan, 3 gol dan 2 bantuan gol.
Sebagai rekod, Gabi menjadi pemain import kedua berpisah dengan Terengganu FC pada ketika ini selepas pemain tengah dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov bertindak tidak melanjutkan kontraknya.
Featured Image: Terengganu FC