Terbuka Malaysia: Pang Ron-Su Yin Singkir Pasangan No.12 Dunia

January 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran No.3 negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin berhasil mendaftarkan kemenangan pertama di saingan Terbuka Malaysia apabila mengalahkan pasangan No.12 dunia, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje di pusingan 32, sebentar tadi.

Pang Ron-Su Yin yang berada di ranking ke-21 dunia berjaya mengalahkan Mathias-Alexandre menerusi tiga set permainan yang berlangsung sengit melalui skor 20-22, 21-18 dan 21-17 dalam masa satu jam dan 12 minit.

Bukan itu sahaja, kemenangan itu juga merupakan yang pertama dicatatkan Pang Ron-Su Yin setelah tewas di tangan Mathias-Alexandra di Terbuka Macau 2025 dan Masters Malaysia 2024.

Hasil kemenangan itu, Pang Ron-Su Yin meneruskan cabaran ke pusingan 16 Terbuka Malaysia 2026 dan menantikan lawannya samada beregu senegara merangkap pilihan keempat kejohanan, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atau pasangan No.1 Indonesia, Jafar Hidayatullah dan Felisha Pasaribu.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd