Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei, Pang Ron-Su Yin Berentap Di Pusingan 16
Hafiz Omar
Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akan membuat perhitungan dengan rakan senegara iaitu Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin untuk merebut tempat ke suku akhir Terbuka Malaysia 2026.
Pertemuan itu terhasil selepas Tang Jie-Ee Wei mencatatkan kemenangan ke atas lawannya, Jafar Hidayatullah dan Felisha Pasaribu dua set berturut-turut menerusi skor 21-12 dan 21-17 dalam masa 39 minit.
Keputusan itu menjadikan Tang Jie-Ee Wei merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut ke atas Jafar-Felisha daripada tujuh pertemuan di pelbagai kejohanan antarabangsa setakat ini.
Sementara itu, Pang Ron-Su Yin terlebih dahulu menempah tiket ke pusingan 16 selepas mengalahkan wakil Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje di pusinga 32.
Dalam pertarungan tersebut, Pang Ron-Su Yin mencetak kemenangan menerusi skor 20-22, 21-18 dan 21-17.
Berdasarkan rekod, Tang Jie-Ee Wei mempunyai rekod pertemuan yang baik bertemu Pang Ron-Su Yin dengan mencetak tiga kemenangan berturut-turut bermula Masters Korea 2023, Masters Thailand 2024 dan Terbuka Singapura 2024.
Featured Image: BAM