Chelsea Ambil Pengendali Strasbourg Ganti Enzo Maresca – Kontrak Sehingga 2032
Hafiz Omar
Kelab kelima Liga Perdana (PL), Chelsea mengumumkan melantik Liam Rosenior sebagai ketua jurulatihnya yang baharu menggantikan Enzo Maresca yang dilepaskan pada 1hb Januari.
Rosenior, 41 tahun, kelahiran London diberikan kontrak jangka masa panjang yang menyaksikannya kekal bersama Chelsea berjulukan The Blues sehingga tahun 2032.
Khidmat Rosenior disunting Chelsea selepas membimbing RC Strasbourg, milik BlueCo – organisasi yang turut memiliki Chelsea, mara ke pusingan kelayakan pertandingan eropah – buat julung kalinya selepas 19 tahun.
Sebelum berkelana di Perancis, Rosenior memulakan karier kejurulatihannya bersama Derby County diikuti dengan Hull City.
Sebagai rekod, Rosenior menjadi ketua jurulatih tetap kelima yang dilantik Chelsea sejak 2021 selepas Thomas Tuchel, Graham Potter, Mauricio Pochettino dan Maresca.
Featured Image: Chelsea