Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik Ke Pusingan 16
Hafiz Omar
Beregu lelaki No.2 dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tiada masalah untuk mengetepikan cabaran Chen Zhi Yi dan Presley Smith dari Amerika Syarikat sekaligus menempah tiket ke pusingan 16 Terbuka Malaysia 2026.
Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik tampil cemerlang dengan merekodkan kemenangan 21-11 pada set pertama diikuti dengan skor 21-19 pada set kedua.
Aksi kedua bertemu Chen-Presley di kejohanan antarabangsa itu berakhir dalam masa 35 minit sahaja.
Keputusan ini mengulangi kemenangan dilakar Aaron-Wooi Yik ketika bertemu julung kalinya di Terbuka Malaysia 2025 menerusi skor 21-15, 16-21 dan 21-10.
Di peringkat seterusnya, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan kedua akan menantikan cabaran samada daripada Chen Xu Jun-Liu Yang dari China atau Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Chinese Taipei.
Featured Image: BAT