Terbuka Malaysia: Perseorangan Lelaki No.1 Negara Tersingkir
Hafiz Omar
Perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao tersingkir daripada saingan Terbuka Malaysia 2026 selepas tewas di tangan pemain Indonesia, Jonatan Christie.
Penyingkiran itu terjadi di pusingan 16 apabila pemain yang menduduki tangga keempat dunia berkenaan menumpaskan Jun Hao dua set berturut-turut menerusi skor 21-18 dan 21-11 dalam masa 55 minit.
Keputusan itu membuatkan rekod pertemuan Jun Hao dan Jonatan seimbang dengan catatan tiga kemenangan masing-masing daripada enam pertemuan di pelbagai pentas antarabangsa.
Susulan penyingkiran ini, tiada lagi wakil negara yang meneruskan perjuangan dalam sektor perseorangan lelaki di kejohanan bertaraf Super 1000 ini.
Sementara itu, Jonatan yang melangkah ke kelompok lapan terakhir akan menantikan cabaran daripada pilihan kelapan kejohanan dari Jepun, Kodai Naraoka untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Featured Image: BAC