Noor Azman Kembali Bertugas Sebagai Setiausaha Agung FAM

January 8, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Datuk Noor Azman Rahman yang digantung tugas sekitar hujung Oktober lalu kini kembali menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkembangan itu hadir selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat pada 7hb Januari (Rabu) memutuskan bahawa penggantungan Noor Azman telah berakhir berkuat kuasa serta-merta – demikian siaran media oleh FAM. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

“Dengan keputusan terbaharu ini, ia menunjukkan bahawa Datuk Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen.” tulis kenyataan dalam siaran itu.

Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif FAM yang bermesyuarat pada 22hb Disember yang membincangkan hasil laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) turut membuat keputusan untuk meneruskan penggantungan Noor Azman (sejak 17 Oktober 2025).

Keputusan itu dibuat bagi membawa kes tersebut ke Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.

Featured Image: FAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd