Terbuka India: Beregu No.16 Dunia Kejutkan Tang Jie-Ee Wei

January 14, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara Kejohanan Dunia BWF merangkap beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei mengalami kekalahan mengejut di pusingan 32 sekaligus tersingkir awal daripada Terbuka India 2026.

Kejutan itu hadir ketika bertemu beregu yang menghuni ranking ke-16 dunia dari China, Cheng Xing dan Zhang Chi – lawan yang pernah ditumbangkannya di Terbuka Korea 2024.

Keputusan pada hari ini menyaksikan Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan sebagai pilihan keempat tewas dua set berturut-turut menerusi skor 16-21 dan 19-21 dalam masa 40 minit.

Sebagai perbandingan, ketika beraksi di Terbuka India 2026, Tang Jie-Ee Wei berhasil melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum kempennya dinoktahkan oleh beregu Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue.

Untuk rekod, ini merupakan julung kalinya Tang Jie-Ee Wei tersingkir seawal pusingan 32 dalam siri Jelajah Dunia BWF selepas mengalaminya di Masters Malaysia 2025 sekitar lapan bulan lalu.

Sementara itu, Xing-Chi yang melangkah ke pusingan 16 akan menantikan cabaran daripada beregu Denmark yang berada di ranking ke-12 dunia, Mathias Christiansen dan Alexandra BØje.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd