Terbuka Sweden: Bing Kun Raih Gelaran Sulung Bersama Noraqilah Maisarah
Hafiz Omar

Loo Bing Kun yang pernah bergandingan bersama Toh Ee Wei berhasil meraih gelaran kejuaraan pertama bersama Noraqilah Maisarah dalam sektor beregu campuran di Terbuka Sweden 2026.
Kejuaraan itu menjadi milik pasangan pemain berusia 24 dan 18 tersebut masing-masing selepas menumpaskan beregu Kanada yang menduduki ranking ke-77 dunia, Timothy Lock dan Chloe Hoang dalam perlawanan akhir kejohanan bertaraf Siri Antarabangsa.
Bing Kun-Noraqilah memenangi pertarungan itu dua set berturut-turut menerusi skor 21-16 dan 21-16 dalam masa 22 minit.
Sebelum melakar ke perlawanan akhir, Bing Kun-Noraqilah yang berada di ranking ke-371 memulakan kempen Terbuka Sweden 2022 daripada pusingan 16 peringkat kelayakan setelah mendapat “bye” di pusingan sebelumnya.
Bermula di pusingan itu, Bing Kun-Noraqilah berhasil melangkah ke pusingan 16 kelayakan serta suku akhir kelayakan sebelum menempatkan diri dalam babak undian utama.
Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan sulung diraih Bing Kun-Noraqilah sejak bergandingan bersama pada September lalu di Masters Korea 2025.
Featured Image: BAM