Letshanaa Jejak Separuh Akhir Pertama Sejak November 2024

January 23, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan wanita No.1 negara, Letshanaa Karupathevan berjaya menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir buat julung kalinya dalam kejohanan antarabangsa sejak November 2024.

Kali terakhir Letshanaa menjejakkan kakinya ke peringkat separuh akhir adalah di Masters Indonesia II 2024.

Pemain berusia 22 tahun berkenaan melakar kemaraan itu di Masters Indonesia 2026 selepas menumbangkan Huang Yu-Hsun dari Chinese Taipei pada peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Letshanaa menumpaskan lawan sebanyanya itu menerusi skor 21-17 pada set pertama diikuti dengan skor 21-18 pada set kedua. Pertarungan itu berlangsung selama 40 minit sebelum Letshanaa muncul sebagai pemenang.

Pada masa yang sama, ia menjadi episod balas dendam oleh Letshanaa selepas tewas kepada lawan yang sama di Masters Indonesia I 2023 menerusi skor 15-21 dan 18-21.

Pada peringkat separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 500 tersebut, Letshanaa akan membuat perhitungan dengan pemain berusia 19 tahun dari Thailand, Pitchamon Opatniputh.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd