Penggempur Sabah FC, Ajdin Mujagić Kini Milik JDT
Hafiz Omar
Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menambahkan kekuatan di barisan serangannya dengan menandatangani khidmat penggempur Sabah FC iaitu Ajdin Mujagić.
Kedatangan penyerang berusia 28 tahun berasal dari Bosnia dan Herzegovina itu dikongsikan skuad berjulukan Harimau Selatan menerusi video pengumuman pemain berdurasi 28 saat di pelbagai platform media sosial, sebentar tadi.
Ianya disusuli dengan satu hantaran yang mengepilkan 10 keping foto Mujagić menggayakan sut lengkap dengan lencana JDT serta menyarung jersi Merah Kuning dengan nombor 29.
View this post on Instagram
Mujagić tiba di Iskandar Puteri dengan reputasi dan rekod yang cukup memberansangkan iaitu menjaringkan 18 gol serta mencetak dua bantuan gol daripada 22 penampilan bersama Sabah FC sejak awal musim ini.
Bekas majikannya menerusi satu hantaran berbagai platform media sosial memaklumkan pihak kelab dan Mujagić telah mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak.
Kehadiran Mujagić bakal memberikan ketua jurulatih, Xisco Muñoz lebih pilihan di barisan serangan selain telah mempunyai Bergson da Silva, Jairo, João Figueiredo, Heberty, Romel Morales dan lain-lain lagi.
View this post on Instagram
Featured Image: JOHOR Southern Tigers