Thailand Masters: Zii Jia Tarik Diri
Hafiz Omar
Perjalanan perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia di Thailand Masters 2026 menemui noktahnya apabila pemain berusia 27 tahun itu menarik diri pada set ketiga di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Pertemuan dengan perseorangan lelaki No.2 Indonesia, Alwi Farhan itu bermula dengan Zii Jia tewas 10-21, dalam masa 12 minit sahaja.
Bagaimanapun, Zii Jia berhasil bangkit merekodkan kemenangan 21-15 di set kedua sekaligus mengheret permainan ke set ketiga – untuk menentukan pemenangnya.
PRINCESS SIRIVANNAVARI Thailand Masters 2026
MS – QF
10 21 0 🇮🇩Alwi FARHAN🥇21 15 0 🇲🇾LEE Zii Jia
🕚 in 39 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 30, 2026
Akan tetapi, set itu tidak dapat dilangsungkan berikutan Zii Jia, kini berada di ranking ke-79 dunia, tidak dapat meneruskan permainan dipercayai atas faktor kecederaan.
Situasi itu menyaksikan Alwi, yang berada di ranking ke-14 dunia, meraih tiket kemaraan ke peringkat separuh akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 300 terbabit bertemu rakan senegaranya, Zaki Ubaidillah.
Sementara itu, Zii Jia, kemaraan ke peringkat suku akhir Masters Thailand ini merupakan yang terbaik dan terjauh direkodkannya sejak kembali beraksi di kejohanan antarabangsa bermula tahun ini.
Dalam tiga kejohanan yang lalu, Zii Jia hanya berhasil beraksi di pusingan 32 Terbuka Malaysia diikuti dengan terkandas di pusingan 16 Terbuka India dan Masters Indonesia masing-masing.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia