Terengganu FC Tutup Jendela Perpindahan Pertengahan Musim Dengan Kastaneer

February 4, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang kelahiran Rotterdam, Belanda iaitu Gervane Kastaneer menjadi pemain terakhir yang ditandatangani Terengganu FC pada jendela perpindahan pertengahan musim yang berakhir pada 1hb Februari lalu.

Kastaneer yang merupakan seorang penyerang berusia 29 tahun diikat oleh Terengganu FC bagi memperkasakan lagi barisan serangannya untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2025-26.

Menerusi kenyataan oleh pihak kelab, Kastaneer yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Curacao, negara terkecil yang mengesahkan tempat ke Piala Dunia FIFA 2026, telah menurunkan tandatangan pada kontrak yang bertempoh sehingga akhir Disember 2026.

Bagaimanapun, Kastaneer tiba dengan rekod yang tidak begitu memberangsangkan selaku penyerang pada musim ini dengan sekadar menghasilkan empat gol serta tiga bantuan gol daripada 14 penampilan bersama Persis Solo dalam kancah bola sepak Indonesia.

Untuk makluman, Kastaneer menjadi pemain keempat yang dibawa oleh Terengganu FC pada jendela perpindahan pada kali ini selepas mengikat Ehson Pandzhshanbe, Shervoni Mabatshoev selain mengikat Haqimi Azim secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Featured Image: Terengganu FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd