Kante Ke Turki – Kontrak 2 Tahun Setengah

February 5, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Piala Dunia FIFA 2018 bersama skuad kebangsaan Perancis, N’Golo Kante kini meneruskan karier bola sepaknya di bumi Turki dengan menyertai Fenerbahce.

Pemain berusia 34 tahun itu diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab yang beraksi dalam kancah Super Lig itu selepas menurunkan tandatangannya ke atas kontrak bertempoh dua tahun dan setengah bersama Fenerbahce.

“Kami sangat gembira memiliki salah satu pemain tengah terbaik dunia dalam skuad kami. Kante telah memenangi hampir kesemua trofi utama sepanjang kariernya, termasuk Piala Dunia dan Liga Juara-Juara (UEFA).” kata Pengarah Sukan Fenerbahce, Devin Ozek.

Dimaklumkan, Fenerbahce bukan sahaja mendapat khidmat Kante di atas padang bahkan bakal menjadi perintis kepada projek %1 untuk kanak-kanak kurang upaya yang telah dimulakan bersama Sidiki Cherif.

Kante menyertai Fenerbahce – kini menghuni tangga kedua liga – selepas dua musim dan setengah beraksi bersama Al-Ittihad di Arab Saudi. Pemain berketinggian 1.68 meter (m) itu meninggalkan Al-Ittihad dengan statistik sebanyak 79 penampilan serta menjaringkan lapan gol dan mencipta tujuh bantuan gol.

Sepanjang tempoh itu, Kante sempat menambah koleksi trofinya dengan menjulang King’s Cup 2024-25 apabila kelabnya berjaya Al-Qadsiah dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung penghujung Mei tahun lalu.

Sebagai rekod, ini merupakan kelab keenam disertai Kante dalam karier bola sepak seniornya selepas bermula dengan Boulogne, Caen, Leicester City, Chelsea dan Al-Ittihad.

Featured Image: Fenerbahce

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd