Azeem Perbaharui Rekod Kebangsaan 200m Dalam Dewan

February 15, 2026
Olahraga

Hafiz Omar

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencetak rekod kebangsaan baharu dalam acara 200 meter (m) dalam dewan apabila menamatkan larian dalam masa 21.20 saat (s) di kejohanan jemputan Tiger Paw 2026, pada Ahad.

Catatan masa itu sekaligus meleburkan rekod kebangsaan yang diciptanya sendiri, 21.50s, dalam acara yang sama, di kejohanan jemputan Bob Pollock di Clemson pada awal Februari lalu.

Bagaimanapun, larian yang disudahi penuntut Universiti Auburn dalam masa 21.20s itu hanya meletakkannya di kedudukan ke-21 daripada 48 pelari yang berlangsung di Kompleks Balapan dan Padang Tertutup Clemson di Clemson, Carolina Utara.

Pada Jumaat lalu, Azeem terlepas peluang untuk menempatkan diri dalam pusingan akhir acara 60m dalam dewan di kejohanan yang sama susulan menamatkan perlumbaan peringkat separuh akhir di tempat kesembilan dengan catatan masa 6.65s.

Selain rekod kebangsaan 200m dalam dewan, Azeem juga memegang rekod kebangsaan acara pecut 100m dengan catatan masa 10.09s dan acara pecut 60m dalam dewan dengan rekod 6.60s.

 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd