Piala Cincinnati: Rachel Bertemu Pilihan No.1 Di Suku Akhir

February 20, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Rachel Arnold yang berusia 29 tahun menjadi wakil tunggal perseorangan wanita negara melangkah ke peringkat suku akhir Piala Cincinnati Gaynor 2026 selepas menundukkan Menna Hamed di pusingan 16.

Pertemuan kali keempat dengan Menna itu menyaksikan Rachel melakar kemenangan bergaya tiga set berturut-turut menerusi skor 11-3, 11-7 dan 11-4 dalam masa 22 minit sahaja.

Ianya bukan sahaja memberikan tiket ke peringkat suku akhir bahkan turut melebarkan rekod pertemuan dengan Menna kepada empat kemenangan berturut-turut di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, di peringkat suku akhir pula, Rachel akan membuat perhitungan dengan pilihan pertama kejohanan dari England iaitu Georgina Kennedy.

Rachel pernah bertembung sebanyak dua kali dengan pemain yang menghuni ranking kesembilan dunia itu namun kedua-dua berakhir dengan kekalahan.

Terdahulu, Georgina berhasil melangkah ke suku akhir selepas mengetepikan wakil Malaysia, Noor Ainaa Amani menerusi skoe 11-8, 11-8 dan 11-4.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd