UCL: Newcastle United Sertai Kelompok 16 Terbaik
Hafiz Omar
Penghuni tangga kesebelas Liga Perdana (PL), Newcastle United mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terbaik dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas menewaskan Qarabağ FK 3-2 di St. James Park, awal pagi tadi.
Tiga jaringan oleh skuad bimbingan Eddie Howe itu dicetak oleh Sandro Tonali (4’), Joelinton (6’) dan Sven Botman (52’). Manakala Qarabag pula mendapat dua gol menerusi Camilo Duran (50’) dan Elvin Cafarguliyev (57’).
Newcastle are through to the round of 16 👊#UCL pic.twitter.com/9ZvOwOnkY3
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 24, 2026
Kemenangan itu menjadikan skuad The Magpies mencatatkan kemenangan besar 9-3 secara agregat daripada aksi “play-off” ini selepas menumpaskan Qarabag pada aksi pertama di Stadium Tofiq Bahramov, Baku dengan keputusan 6-1.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan Newcastle United mengiringi lima lagi kelab England di peringkat yang sama – Arsenal, Liverpool, Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur.
Featured Image: Newcastle United