Terbuka Jerman: Sze Fei-Izzuddin Beregu Lelaki Tunggal Ke Suku Akhir

February 27, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin muncul selaku wakil tunggal beregu lelaki negara yang akan berentap di suku akhir Terbuka Jerman 2026 – Jelajah Dunia BWF Super 300.

Gandingan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan ini mara selepas mengetepikan rakan senegara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada pusingan 16 menerusi skor 21-18 dan 21-14 dalam masa setengah jam.

Keputusan itu membawanya bertemu pasangan Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh dan Wang Chi-Lin untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, dua lagi beregu lelaki negara iaitu gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta pasangan Arif Junaidi dan Yap Roy King tersingkir di pusingan 16 selapas tewas kepada lawan masing-masing.

Aaron-Wooi Yik, pilihan pertama, tersingkir selepas ditumbangkan beregu Perancis, Julien Maio dan Wolliam Villeger menerusi skor 21-15 dan 24-22 dalam masa 41 minit.

Manakala Arif-Roy King pula dikalahkan oleh beregu Chinese Taipei, Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen menerusi tiga permainan, 19-21, 21-8 dan 18-21 dalam masa 57 minit.

Featured Image: Victor

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd