Manchester United Lonjak Ke Tangga Ketiga PL

March 2, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara England sebanyak 20 kali, Manchester United melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana (PL) selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace, tengah malam tadi.

Manchester United menjelmakan kemenangan itu hasil jaringan oleh Bruno Fernandes (57’) dan Benjamin Sesko (65’). Dua jaringan itu menafikan gol pembukaan Crystal Palace yang dihasilkan oleh Maxence Lacroix (4’).

Kemenangan itu menandakan skuad berjulukan Red Devils merekodkan tujuh kemenangan tanpa kalah dan mengutip 19 mata sejak Michael Carrick mengambil alih tampuk kejurulatihan susulan pemecatan Ruben Amorim. 

Skuad bimbingan Michael Carrick itu menghuni tangga ketiga berkenaan dengan kutipan 51 mata daripada 28 perlawanan. Manchester United kini hanya berbeza lapan mata berbanding penghuni tangga kedua, Manchester City.

Perlawanan seterusnya, Manchester United akan berkunjung ke St. James Park untuk menentang Newcastle United bagi aksi ke-29 liga pada awal pagi Khamis nanti.

Featured Image: Manchester United

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd