KBS Tawar Hadiah RM30,000 – Cipta Lagu Tema Rasmi Sukan SEA 2027
Hafiz Omar
Berbaki sekitar setahun dan setengah sebelum berlangsungnya temasya Sukan SEA 2027, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil mengumumkan satu pertandingan iaitu Pertandingan Mencipta Lagu Tema Rasmi Sukan SEA 2027 & Sukan Para ASEAn 2027.
Pengumuman itu dikongsikan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi pelbagai akaun media sosial rasmi temasya berkenaan, SEA Games Malaysia 2027.
Pertandingan itu berlangsung selama sebulan bermula 2hb hingga 31hb Mac 2026 dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000 bagi juara.
Sementara itu, lima pemenang saguhati pula akan menerima wang tunai sebanyak RM2,000 masing-masing.
Bagi yang berbakat dan berminat untuk menyertai pertandingan itu dan menghasilkan karya yang akan membakar semangat jutaan rakyat dan atlet di pentas antarabangsa – pendaftaran boleh dilakukan menerusi kod QR yang disediakan pada poster.
