Facundo Garces Dapat Pengurus Baharu Di Deportivo Alaves

March 4, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemain skuad kebangsaan yang beraksi dalam kancah La Liga, Facundo Garces menerima kehadiran pengurus baharu di kelabnya.

Perkembangan itu hadir selepas Deportivo Alaves, penghuni rangga ke-16 liga, mengumumkan menandatangani Quique Sánchez Flores sebagai pengurus baharunya.

Quique, 61 tahun, kelahiran Madrid, diberikan kontrak untuk mengendalikan Deportivo Alaves sehingga Jun 2028.

Pengurus baharu Deportivo Alaves ini memulakan karier kejurulatihannya bersama skuad remaja Real Madrid selain membimbing skuad senior Getafe, Valencia, Espanyol, Sevilla dan Watford.

Antara pencapaian terbaik Quique adalah membawa Benfica memenangi Piala Liga dan merangkul kejuaraan Liga Europa serta Piala Super UEFA bersama Atletico Madrid.

Selain di eropah, Quique pernah berkelana ke benua asia dan membimbing kelab di Dubai, Abu Dhabi dan China.

Untuk makluman, Quique ditandatangani Deportivo Alaves bagi menggantikan Eduardo Coudet dari Argentina yang ditamatkan kontrak dengan persetujan bersama.

Featured Image: Deportivo Alaves

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd