All England: Aaron-Khai Xing Kejutkan Bekas Beregu No.1 Dunia
Hafiz Omar

Beregu muda negara, Aaron Tai dan Kang Khai Xing mencipta kejutan besar di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2026 apabila menyingkirkan bekas gandingan No.1 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.
Lebih bermakna, Aaron-Khai Xing yang tampil buat julung kalinya di saingan Seluruh England ini menewaskan Satwiksairaj-Chirag dengan penuh bergaya secara dua set berturut-turut menerusi skor 23-21 dan 21-12 dalam masa 42 minit.
Keputusan itu sekaligus membawa gandingan berusia 19 tahun masing-masing berkenaan merangkap juara kejohanan remaja dunia ke pusingan seterusnya di kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Menanti mereka di pusingan seterusnya adalah beregu China yang menghuni ranking ke-11 dunia, Chen Bo Yang dan Liu Yi. Pasangan dari negara tembok besar ini mara selepas menyingkirkan He Zhi-Wei dan Huang Jui-Hsuan dari Chinese Taipei menerusi skor 21-12 dan 21-12.
Untuk makluman, pertembungan melibatkan Aaron-Khai Xing dan Bo Yang-Yi di pusingan 16 merupakan yang pertama di kejohanan antarabangsa.
Featured Image: BAM